Pertempuran di bandar Muar Pertempuran_Muar

Jeti menyeberang feri Muar, di mana Brogade India ke-45 ditempatkan sepanjang 24 batu sepanjang sungai dengan pecahan (‘’detachments’’) di hadapan sungai, bagi melindungi jalan persisiran utama di Muar dari kemaraan Division Pengawal Imperial.

Pada pagi 15 Januari, kapal terbang Jepun mula tiba dan mula mengebom junam tentera Australia, dan juga Bandar Gemas itu sendiri. Menjelang 10 pagi infantry musuh telah bertembung dengan barisan bertahan, dan sepanjang hari mereka disokong oleh jumlah kereta kebal yang meningkat. (‘’Sapper’’) Jepun tidak membuang masa, dengan membaiki Jambatan Gemensah yang telah dimusnahkan.

Tentera Australia terus mematahkan serangan, menjadikan salah satu darinya menjadi kelam kabut dengan serangan balas yang kental. Tetapi pasukan tambahan Jepun kini bergerak masuk dengan berterusan. Menjelang ketibaan malam, Lt. Kol. Galleghan mengundurkan batalionnya sepanjang jalan Gemas-Segamat. Mereka telahpun menyebabkan kemalangan jiwa yang besar berbanding yang dialami mereka. Pengunduran tidak dalam keadaan mampu menganggu musuh, dan bagi hari berikutnya kesunyian melanda kawasan Segamat.

Pada malam yang sama, tentera Jepun menawan beberapa tongkang yang berlabuh di sebelah tebing selatan sungai Muar dan menundanya kehilir untuk mengepung Bandar Muar dan satu-satunya batalion simpanan. Tongkang rata dan tongkang belayar menyeberangi kuala tanpa menerima tentangan kecuali pertempuran dengan peronda India yang berundur selepas pertempuran ringkas. Pasukan peronda tidak pernah memberitahu Ibu Pejabat bahawa tentera Jepun berada di tebing Selatan. Apabila pagi menjelang, pasukan pintasan Jepun mengejutkan kompeni Rifle Rajputana ke-7/6, dan mengundurkan mereka. Menjelang tengah hari, mereka menyerang dari arah hilir bandar Muar dan memutuskan talian komunikasi garison dengan batalion simpanannya, yang terletak berhampiran Bakri, di jalan utama selatan bandar Muar.

Pada 15 Januari 1942, Briged ke-45 India yang bertahan di garis pertahanan di Sungai Muar telah bertempur dengan pasukan elit Jepun dari Divisyen Pengawal Imperial (Imperial Guards Division) . Oleh kerana Briged ke-45 India dilihat lemah, Gordon Bennett, pemerintah Divisyen ke-8 Australia menugaskan dua batalion infantri askar Australia (Batalion 2/29 dan Batalion 2/19) dari Divisyen tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pertahanan Briged ke-45 India.

Briged ke-45 India dipaksa berundur ke arah Bakri, di mana anggota dari batalion 2/29 infantri Australia dan anggota dari Rejimen ke-4 Anti-Kereta Kebal ditempatkan sebagai pasukan penghalang di Bakri. Pasukan tentera Jepun lolos benteng pertahanan di antara Batalion 2/29 dan Batalion 2/19 di Bakri. Batalion 2/29 terpaksa berjuang untuk mengundurkan diri kembali ke Bakri.

Pasukan Australia itu bertahan untuk membolehkan askar-askar India melarikan diri dari kepungan askar Jepun, tetapi askar-askar India itu diserang hebat oleh pasukan darat dan pasukan udara Jepun. Hampir kesemua pegawai turus Briged ke-45 India terbunuh ataupun cedera apabila markas mereka terkena bedilan bom.

Di Bandar Muar itu sendiri, cubaan tentera Jepun bagi mendarat dan merampas pelabuhan dipatahkan oleh artileri Australia, yang menembak kearah tongkang rata dan tongkang ketika mereka cuba menyeberang kuala. Menjelang lewat petang tentera Jepun yang telahpun menyeberang di hulu, menyerbu Bandar Muar dan menawan ibu pejabat garison, membunuh semua pegawai di dalamnya.

Menjelang senja 16 Januari, Bandar dan pelabuhan Muar jatuh ketangan musuh. Baki garison berundur beberapa batu kepersisiran sejauh Parit Jawa. Pasukan serangan hendap musuh kemudian ditempatkan bagi mematahkan sebarang seranganbalas pihak berikat, pada masa yang sama meneruskan kemaraan mereka kearah Bakri, Parit Sulong dan Batu Pahat.